Thursday, April 27, 2017

Saturday, April 15, 2017

Jual sambil bersedekah

Hasil bumi dan hasil dari titik peluh sendiri... Alhamdulillah..... Boleh di jual sambil bersedekah pada sahabat sahabat yang memerlukan, bukan di ukur dari segi wang ringgit tetapi lapangnya rasa dada ini... Dapat membantu mereka yang memerlukan, tapi sayang ada di kalangan mereka yang mencebik dgn harga yang murah... Tak tahu bersyukur... Adat manusia ada yang baik dan ada yang buruk. Begitu juga dengan aku... Ada yang kurang dan ada yang lebih

Friday, February 24, 2017

Herba dari buah Mahkotadewa

Syukur alhamdulillah......dapat menyiapkan herba Dari buah mahkota dewa....biji bebih disemai pun mula naik

Sunday, February 5, 2017

Mulberry

Belajar tanam pokok mulberry.memang saya tak ada pengalaman tentang cara atau penamanan pokok mulberry ini..sedikit pengetahuan saya perolehi disini..   tak lupa juda disini   


Gambar-gambar yang jelas tentang mulberry saya dapat lihat disini  


Sedikit info tentang buah mulberry faedah dan khasiatnya saya baca disini  

Friday, February 3, 2017

Pokok herba belalai gajah


Nutans Clinacanthus  ( daun belalai gajah)



Nutans Clinacanthus  ( daun belalai gajah)


Thursday, February 2, 2017

Labu

Bunga labu jantan , saya telah kawinkan dengan bunga labu betina

Bunga betina ada biji seperti gambar di atas.
Ternyata saya tiada rezeki..
buahnya jatuh tidak menjadi 
Belum rezeki untuk di beri


Tuesday, January 31, 2017

Doa meno;ak Angin Akhmar


















Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian.  Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman. Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. 


Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan. Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. 


 Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf. Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; 


wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan. Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. 


Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan. Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal. Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka,


 wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.


Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam. Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. 


Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan.


 Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amiin

Saturday, January 28, 2017

Buah mahkota dewa

Berkongsi pengalaman apa yang telah saya lalui dan apa yang telah saya buat...mungkin dapat membantu mereka di luar sana terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah dan kini taraf hidup semakin meningkat.
Di nasihatkan  kepada semua pembaca agar mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu 

Buah mahkota dewa yang saya perolehi saya racik halus untuk di jemur atau di keringkan di bawah sinaran cahaya matahari. Terima kasih kepada ayah Murad untuk buah mahkota dewa tersebut
Tujuan saya adalah untuk merawat penyakit kencing manis,

Friday, January 27, 2017

Daun belimbing buluh

Manfaatkan dari sumber alam yang di kurniakan oleh Allah S.W.T bagi tujuan perubatan, Cara tradisional yang saya gunakan adalah dengan merebus daun belimbing buluh bagi tujuan kesihatan.
Air belimbing buluh saya gunakan untuk tujuan penyembuhan bagi merawat penyakit kencing manis,
Tiada cara pantas atau drastik untuk tujuan penyembuhan penyakit kencing manis ini.
Usaha dan tawakal diiringi oleh doa adalah kunci yang saya gunakan

Labels

belajar tanam belajar tanam pokok bunga baja organik wheatgrass benih gandum gandum mulberry pokok bendi pokok limau belajar tanam jagung belajar tanam manga belajar tanam pokok semai benih bendi baja kompos jiwatani kompos pokok cili pokok labu pokok limau kasturi Mulberry Leaf Health Benefits-GreenSilk bunga kertas limau kasturi pokok gandum pokok jagung tut tut pokok baja buah belajar tanam bunga belajar tanam labu belajar tanam limau kasturi belajar tanam pokok mulberry belajar tanam wheatgrass belajar tut buah mahkota dewa buat baja bunga baldu jagung kotak semaian kulit telur limau purut pokok bunga kertas pokok limau purut pokok pisang pokok serai rumput gandum semai ulat daun Bark from cashew tree baja tanah belajar anam kacang parang belajar tanam belimbing buluh belajar tanam pokok pisang belimbing buluh bendi raksaksa benih manga benih ubi cantuman pucuk cara buat air wheatgrass corn tree diy vase petak semaian pisang tanduk pokok belimbing buluh pokok kari pokok pudding pokok ubi semaian biji tanam tanam gandum tanam pokok labu ubi Baja buah organic Cashewnut Codiaeum variegatum DIY.D.I.Y Grow your own wheatgrass POKOK KUNYIT arang baja baja jiwatani bark belaja semai belajar cantumkan mangga belajar semai belajar tanam belimbing belajar tanam belimbing besi belajar tanam cili belajar tanam limau purut belajar tanam pokok kari belajar tanam pokok limau belajar tanam pokok manga belajar tanam pokok mangga belalai gajah belimbing bendi benih nangka benih pokok puding benna biji mangga buah mahkotadewa buah manga buah manga.m.o.l buah mangga.m.o.l buah mulberry bunga puding cantuman cantuman sisip cendawan corn daun belimbing buluh daun bunga baldu diy getok ubi kacanag parang kacang parang kawinkan kebun kencing manis liamu purut limaukasturi mangga mangga harum manis poko bunga kertas pokok manga pokok belimbing pokok benih gajus pokok buluh pokok bunga pokok gajus pokok herba pokok kaca pecah pokok lemon pokok manga pokok mangga pokok mulberry pokok putat pokok sayuran serai serangan swerangga serangga tanah baja tanam benih tanam pokok bendi tempurung kelapa vase